Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang Bayar Hutang BN


GEORGETOWN 2 NOV : Sejak mengambil alih Pulau Pinang pada Mac 2008, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya melangsaikan sejumlah RM600.47 juta atau 95.29 peratus jumlah hutang kerajaan negeri terdahulu.Kejayaan ini menjadikan baki hutang semasa kerajaan negeri sekarang ialah RM29.66 juta.
Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Menteri pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di sini baharu-baharu ini.
Guan Eng menjelaskan baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Arcade & Seafood Centre di Batu Kawan.
"Kita telah bayar hutang ini, tetapi kebanyakannya adalah kerana projek air yang mana telah diusahakan oleh kerajaan dulu (BN).
"kita merasakan ianya perlu dilangsaikan kerana kalau tidak ia akan menjadi beban kepada kerajaan Pulau Pinang,"jelasnya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan seorang Adun Barisan Nasional yang menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang gagal menguruskan kewangan negeri sejak memerintah.
Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 jelas menunjukkan kedudukan kewangan kerajaan negeri meningkat walaupun terpaksa melangsaikan hutang kerajaan terdahulu.
Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu, meningkat pada tahun lepas.
Sebagai makluman, Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion.
Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta
Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.
Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009).

0 Komen pengunjong :