Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jangan sampai polis dianggap pelindung BN

KUALA LUMPUR: Polis perlu cekap bertindak terhadap pencetus provokasi sebagaimana mereka agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau mengulas ucapan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makimuddin di taklimat Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah seolah-olah apa yang berlaku ialah kerana Pakatan Rakyat.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.
Idris berkata, sedangkan banyak peristiwa-peristiwa yang bersifat provokasi dimulakan oleh penyokong Umno antaranya demo memijak kepala lembu di Shah Alam.
Begitu juga, ujarnya demo menghantar hadiah keranda, kek hitam, bunga hitam, pakaian dalam wanita dan usung keranda di Pulau Pinang.
Menurutnya, sudah berpuluh-puluh demo yang diadakan seolah-olah mereka dilesenkan walaupun ia boleh membawa kepada kekacauan kaum.
Terbaru, tambahnya demo Mat Rempit di Pulau Pinang  yang dikaitkan dengan seolah-olah kerajaan Pakatan meminggirkan Melayu.
“Syukur kepada Allah kerana penyokong Pakatan tidak melatah kerana tahu bahawa ini adalah perangkap,” katanya kepada Harakahdaily.
Sepatutnya, kata beliau polis kena cekap bertindak semacam polis agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kerana ia cukup merbahaya kepada perpaduan kaum.
Tegasnya, polis mesti bersifat profesional di dalam menegakkan undang- undang dan keadilan.
Beliau berkata, polis perlu menjaga keselamatan negara bukan keselamatan BN.
“Siapa sahaja melanggar undang-undang sila bawa ke muka pengadilan tanpa memilih bulu.
“Jangan sampai imej polis dipandang sebagai pelindung kepada BN,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :