Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hanya pemimpin zalim takut himpunan rakyat

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hanya pemimpin dan kerajaan yang zalim sahaja yang takut untuk berdepan bantahan dan himpunan rakyat.

Bercakap sewaktu membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata tindakan kerajaan memperkenalkan RUU itu dilihat seolah-olah semakin menyempitkan ruang kebebasan rakyat.

Selain itu beliau mendakwa, pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa tentunya takut akan perhimpunan aman rakyat.

"Apa alasan kerajaan Malaysia mempersulitkan lagi perhimpunan aman sehingga menjadi teruk daripada negara Zimbabwe dan Myanmar yang demokrasi mereka semakin baik?

"Pemimpin yang zalim sahaja yang takut rakyat buat perhimpunan," katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas menggesa RUU itu ditarik balik dan dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk dibincang dan diteliti.

"Saya mencadangkan sebaik-baiknya menteri tarik balik rang undang-undang ini dan sebaiknya kemukakan dalam tempoh yang singkat untuk dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan berikan satu contoh bagaimana nak memperkenalka RUU yang begitu penting ini," kata beliau .

Menurut Anwar, ianya kerana RUU itu memberikan impak yang besar kepada rakyat yang mahukan kebebasan untuk bersuara dalam sesuatu isu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata,  RUU itu gagal dibahaskan dengan semasak-masaknya sebaliknya kerajaan hanya menggunakan kuasa majoriti mereka untuk meluluskannya.

"Di Malaysia, (kerajaan)selalu guna kuasa majoriti untuk memaksa terima rang undang-undang tanpa perbahasan panjang dan tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan.

"Saya tegaskan sikap Pakatan Rakyat kepada rakyat untuk menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang ini," katanya.

0 Komen pengunjong :