Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Enggan daftar Pakatan bukti BN takut `dua parti'


KOTA BHARU : Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan keengganan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sedangkan permohonan telah pun dikemukakan selaras dengan kehendak perundangan adalah menghalang proses perjalanan demokrasi di Malaysia.
“Selain itu, Umno Barisan Nasional takut kepada ‘sistem dua parti’ sekiranya pendaftaran Pakatan Rakyat diluluskan. Bahkan gabungan Pakatan Rakyat itu dilihat BN mengancamnya," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Elaun Guru-Guru Pasti Negeri Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha 1432 Hijriah di Dewan Astaka, JKR 10 dekat sini, kelmarin.
Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, itulah yang menyebabkan Umno BN tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat.
"Dan kita tidak menolak gambaran sikap ‘flip-flop’ kepimpinan Perdana Menteri yang ada,” ujarnya.
Justeru itu, kata Abdul Latiff, urus tadbir dan transformasi Najib hanya dilihat rakyat negara ini sebagai ‘retorik.
“Bahkan bukan saja masalah urusan pendaftaran Pakatan Rakyat, malahan Bajet 2012 yang diangkat di Parlimen awal Oktober baru-baru ini terbukti di kalangan pimpinan Umno BN sendiri pun tidak yakin dengan sumber kewangan negara bagi menyelesaikan pembayaran bajet itu.
“Dan tiba-tiba pula dibuat 'one-off', ini termasuk 'one off' untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah," katanya lagi.
Beliau yang juga Pengarah Pasti Kelantan memaklumkan sebanyak RM176,000 telah dibelanjakan bagi membayar elaun guru-guru Pasti seluruh negeri.
“Pembayaran elaun ini membabitkan seramai 600 orang guru Pasti Kelantan bagi bayaran untuk bulan September dan Oktober 2011," katanya.

0 Komen pengunjong :