Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Debat Belanjawan: Najib enggan kerana tak mampu jawab- Anwar

KUALA LUMPUR 10 Nov : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perdana menteri tidak mampu menjawab pelbagai isu ekonomi ekoran kengganannya menyahut cabaran debat beliau.
“Saya jangka Datuk Seri Najib Razak tidak mahu menerima tawaran berbincang secara terbuka, jika tidak dipanggil debat sekali pun kerana hal-hal ini (masalah ekonomi) tidak mampu dijawab,” Kata Anwar.
Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, Najib yang dilanda pelbagai isu kontroversi tidak mampu memberikan penjelasan, justeru mengambil langkah mendiamkan diri.
“Sepertimana yang dibangkitkan sekarang ini isu dana pertanian (projek Fidlot) dan pengurusan JKR (projek Lebuhraya Jabor). Ini mereka tak mampu jawab dan sebab itu enggan berdebat,” kata Anwar.
Sebelum ini, Anwar mempelawa Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar berdebat dengan beliau berhubung kenyataannya memperlekehkan belanjawan alternatif dikemukakan Pakatan Rakyat.
Anwar berkata, debat itu perlu disiarkan secara langsung  supaya rakyat dapat menilai  antara Belanjawan Pakatan dan Belanjawan 2012 yang dibentang kerajaan.
Ekoran itu sebuah akademi penulisan, Akademi Pak Sako menyatakan kesediaan  untuk menjadi penganjur Debat tersebut.
Surat pelawaan dihantar kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, selain turut diserahkan kepada Anwar di ibu pejabat KEADILAN, 21 Oktober lalu.
Namun, akademi itu hanya mendapat respon Anwar dan Najib pula tiada di negara ini kerana menunaikan ibadat haji.

0 Komen pengunjong :