Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

ABIM kesal RUU Perhimpunan Aman dilulus

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan keras sekali lagi mengulangi bantahan terhadap penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang diluluskan di sebalik bantahan dan protes banyak pihak, semalam.
Malah, ABIM mahu pentadbiran Najib menarik balik rang undang-undang itu dan menggesa pihak kerajaan agar bersikap terbuka terhadap sebarang teguran serta mengadakan konsultasi awam sebelum menggubal sebarang undang-undang pada masa akan datang.
Presidennya Amidi Abd Manan berkata, ABIM menilai penggubalan undang-undang ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti dan pandangan yang diketengahkan oleh pelbagai pihak berhubung implikasi negatif yang bakal dicorakkan menerusi kelulusan undang-undang ini.
“Dalam hal ini, ABIM amat menyesali  sikap tertutup kerajaan yang enggan membicarakan penggubalan rang undang-undang ini secara terbuka dan meluas sambil membabitkan konsultasi awam dan suara masyarakat sivil di negara ini,” kata beliau.
Dalam satu kenyataan hari ini, Amidi berkata ABIM memandang keengganan tersebut bertentangan samasekali dengan komitmen keterbukaan yang menjadi intipati agenda perubahan yang dilaungkan oleh pihak kerajaan  di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, ABIM menanggapi pendekatan tersebut tidak lain dan tidak bukan seakan menzahirkan wujudnya agenda “pembebalan”  ke atas masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi, dengan menutup serta menafikan sama sekali  ruang ekspresi bersuara  di kalangan rakyat.
“Adalah amat menyedihkan kerana ia hanya akan menghalang kepada perkembangan wacana demokrasi dan kenegaraan yang sihat serta progresif di negara ini,” kata beliau lagi.
Amidi menambah, demokrasi merupakan intipati penting kepada perkembangan sesebuah negara maju dan lunas-lunas demokrasi meraikan sebarang perbezaan pendapat dengan menjamin kebebasan bersuara di peringkat akar rumput.
“Demokrasi juga merupakan wahana penting yang merapatkan jurang di antara rakyat dan pemerintah  menerusi komunikasi dua hala rakyat-pemerintah dan rakyat-pemerintah,” kata beliau lagi.
Menurutnya, kelulusan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 sekali gus menafikan fungsi serta potensi demokrasi itu sendiri sebagai ejen perkembangan ekonomi dan politik di negara ini.
“Adalah amat malang amalan demokrasi dinafikan di atas nama prerogatif menjaga ketenteraman awam, walhal ia (demokrasi) merupakan wahana paling berpengaruh dalam menjamin keamanan serta kestabilan politik di sesebuah negara!” kata beliau lagi.

0 Komen pengunjong :