Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tarik balik penggantungan dan mohon maaf tanpa syarat

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menilai tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Prof. Dr. Abdul Aziz Bari beberapa hari lalu - meminta surat tunjuk sebab dan menggantung tugas beliau - sebagai satu lagi manifestasi penerusan politik membuli dan campur tangan terhadap pelbagai institusi penting negara yang semakin mengggila sekarang ini.  Gejala seburuk ini tidak mungkin berlaku di mana-mana negara yang dianggap maju dan tinggi martabat akademiknya.

Sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa, UIAM sewajarnya memiliki kebebasan akademik dan keterbukaan dalam memberikan pandangan khususnya dalam bidang kepakaran dan pengkhususan ahli akademik yang terlibat.  UIAM sepatutnya tidak harus memberikan reaksi yang menampakkan ia dipengaruhi oleh pihak luar yang boleh menjejas imej dan martabat akademiknya.

Seharusnya, kenyataan beliau itu perlulah dilihat dari perspektif seorang pakar perlembagaan yang sememangnya diiktiraf, berautoritatif dan menjadi rujukan akademik sekian lama.  Ia perlulah dihormati, dihargai dan dinilai sebagai pandangan profesional semata-mata.  Andainya ada pandangan yang berbeza, sewajarnya ia dikemukakan juga mengikut adab akademik sepertimana lazimnya demi perkembangan dan penyuburan budaya ilmu secara sihat dan utuh.

Adalah jelas bahawa kenyataan yang beliau kemukakan itu tiada langsung berunsur penghinaan mahupun cubaan mempersoal, apatah lagi mencabar kedudukan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).  Apa yang nyata berlaku adalah reaksi beliau mengenainya itu telah diputar-belit dan disensasikan oleh kelompok media yang bersekongkol dengan UMNO dan gerombolannya..

Hakikatnya, sebagai warganegara beliau mempunyai hak asasi menyuarakan pandangan dan dilindungi perlembagaan.  Ketegasan beliau telah menjadikan UIAM lebih dihormati dan dipandang tinggi.  Justeru, tidak harus timbul prejudis melulu seolah-olah jenayah akademik besar telah dilakukan sehingga "menjejaskan kepentingan universiti".  Apatah lagi, beliau telahpun secara profesional memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak yang menjalankan siasatan dalam isu ini - polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM).  Malah, beliau bersedia memberikan penjelasan terperinci bagi mengelakkan manipulasi mana-mana pihak yang tidak berniat murni.

KEADILAN dengan ini menggesa agar UIAM perlu lebih profesional dan berkeyakinan diri dalam menangani persoalan seperti ini di masa hadapan.  Keputusan menggantung tugas adalah amat menyedihkan.  Merit beliau selaku pensyarah paling kanan, telah berkhidmat selama 22 tahun dan sekaligus berjaya melahirkan ramai graduan yang menjadi kebanggaan negara dalam bidang ini telah dipertikaikan dan dipandang rendah.  Lebih membimbangkan, pembelajaran lebih 100 siswa-siswi peringkat ijazah sarjana muda hinggalah doktor falsafah yang sedang mengikuti pengajian bersama beliau pasti akan terjejas.

Oleh itu, KEADILAN menuntut agar pihak penguasa politik segera menghentikan campurtangan mereka terhadap UIAM di dalam isu ini.  Tindakan penggantungan tugas terhadap beliau hendaklah ditarik balik dan segera memohon maaf tanpa syarat kepadanya.  Sehingga bilakah amalan "membunuh Hang Nadim kerana kecederdikannya" ini mahu diteruskan dalam arena politik negara ini?  

0 Komen pengunjong :