Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR: Serangan gas pemedih mata keterlaluan

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1

Jumlah 262 kanister gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak seimbang dengan keperluan sebenar untuk memantau demonstrasi aman, kata naib presiden PKR, N Surendran.

"Tidak boleh dinafikan, bukti-bukti menerusi video dan gambar menunjukkan perhimpunan tersebut adalah aman," katanya.

Surendran yang juga seorang aktvis hak asasi manusia, berkata  jumlah kelongsong gas pemedih mata yang begitu banyak menunjukkan bahawa pihak polis melepaskan tembakan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat dan menghukum mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Katanya, ini tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat semata-mata menyatakan hak mereka untuk berhimpun mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Disusuli cubaan kerajaan untuk memburuk-burukkan imej BERSIH 2.0, Surendran berkata polis juga telah disalahgunakan untuk memenuhi agenda BN.

"Polis digunakan bagi memastikan kegagalan perhimpunan tersebut dan meranapkan pergerakan BERSIH yang menuntut supaya pilihan raya yang adil dan bebas di adakan di negara ini.

"Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas untuk melanjutkan agenda politik sempit BN untuk terus berkuasa," katanya.

0 Komen pengunjong :