Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keterangan rakan sekampus Saiful bukti konspirasi terancang


PUTRAJAYA: Keterangan rakan sekampus Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes Fitnah II jelas menunjukkan pengadu itu berniat jahat dan terlibat dalam konspirasi terancang untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keterangan itu juga menjelaskan identiti dan watak sebenar Saiful yang rapat dengan pimpinan Umno-BN, sebelum memohon bekerja di pejabat Anwar.
“Saya percaya Saiful merupakan individu yang terlatih dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan (sebagai alat kosnpirasi). Keterangan rakan sekampus Saiful yang berani tampil sebagai saksi membuktikan  Saiful individu yang diberi peranan untuk menyempurnakan konspirasi terancang,” kata Shamsul.
Menurutnya lagi, sejak di universiti lagi Saiful telah memperlihatkan dirinya berniat jahat dengan Anwar, berdasarkan keterangan saksi berkenaan.
“Ini menguatkan lagi andaian kita konspirasi dilakukan dan motifnya untuk menjatuhkan Anwar,” katanya yang turut mengaitkan pertemuan Saiful dan pimpinan Umno, termasuk Pegawai khas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Khairil Anas Yusof sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008.
Semalam, Mohd Najwan Halimi, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) mendakwa Saiful membenci Anwar dan menyokong Barisan Nasional pada kempen Pilihanraya Umum 2008.
Najwan yang mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten, turut menyatakan pengadu itu suka mencari publisiti ketika menjadi Timbalan Presiden pemimpin pelajar.
Malah Najwan juga mendedahkan bahawa Saiful pernah menggelar Anwar sebagai ‘munafik’ dan meletakkan gambar bersama pemimpin Umno-BN di laman sosial Friendster miliknya.
Sebelum ini, Mohd Saiful, 26, yang juga saksi utama dalam perbicaraan kes Fitnah II dalam keterangannya berkata Anwar merupakan pemimpin idola yang diminatinya sejak kecil lagi.
Di mahkamah, beliau turut mengaku bertemu Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008, empat hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar, selain bertemu pembantu khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Mumtaz Jaafar dan menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hassan.
Anwar sebelum ini berkata, kes Fitnah II yang sedang berlangsung adalah konspirasi politik yang diteruskan Najib dan isterinya, Rosmah, mengulangi skrip sama digunakan pada 1998.

0 Komen pengunjong :