Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN: Bebaskan semua tahanan ISA, tutup Kamunting segera


KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat tidak bersungguh untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selagi semua tahanan akta kejam itu belum dibebaskan.
Justeru itu, KEADILAN mendesak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membebaskan semua tahanan ISA dan menutup kem tahanan Kamunting serta merta, tegas Naib Presidennya, N Surendran.
“Dalam menghapuskan ISA, kerajaan juga perlu mengambil dan menghayati peraturan-peraturan dan nilai-nilai pemerintahan negara-negara demokrasi dan bebas.
“Kami menyeru Perdana Menteri dan kerajaan mengambil tindakan segera membebaskan serta-merta semua tahanan di bawah ISA dan menutup dengan Kem tahanan Kamunting secara rasmi,” ujar Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Najib di dewan rakyat hari ini bahawa kerajaan akan membebaskan semua 125 tahanan yang ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad (RRA).
Mengalukan tindakan tersebut, Surendran berkata kerajaan juga perlu membebaskan semua tahanan yang ditahan secara tidak adil dan tidak mengikut perlembagan di bawah ISA 1960.
“Setelah menegaskan bahawa ISA akan dimansuhkan, ia adalah moral yang sangat salah untuk PM dan kerajaannya terus menghalang pembebasan individu-individu malang ini, dan terus memisahkan keluarga mereka.
“Jika tahanan RRA dikeluarkan segera,  di manakah logiknya jika tahanan ISA tidak dibebaskan?” soal beliau.
Tambah beliau, Penahanan tanpa perbicaraan sangat menjijikkan kerana membelakangi semangat Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang antarabangsa  seperti deklarasi hak manusia sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR), yang melarang penahanan  sewenang-wenangnya.
“Kerajaan mesti berhenti bersikap hipokrit dan cakap kosong untuk melaksanakan prinsip-prinsip demokrasi, dan benar-benar melakukan perubahan dan pembaharuan,” kata beliau.
Tegasnya lagi, BN tidak akan dapat menarik pengundi dengan meniru manifesto pembaharuan dan demokrasi yang dilakukan Pakatan Rakyat.
“Reformasi BN tidak memadai kerana tiada komitmen sebenar di pihak mereka kepada kebebasan dan kedaulatan undang-undang; atau menyesali tindakan silam  mereka yang tidak demokratik dan angkuh,” katanya.

0 Komen pengunjong :