Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bagi IC segera, Polis jangan hanya nafi – AMK


KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar segera menyiasat dakwaan berhubung kegiatan sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Kata Shamsul, dakwaan itu merupakan isu yang sangat serius melibatkan soal keselamatan negara dan polis tidak harus sekadar memberikan penafian.
“Pemberian kad pengenalan adalah satu pengkhianatan kepada negara yang membabitkan kedaulatam negara. Polis seolah-olah tidak peka dengan dakwaan ini dan hanya memberi kenyataan yang dianggap bodoh sombong,” tegas Shamsul.
Shamsul mengulas kenyataan Ismail omar yang enggan memberi komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab tidak menerima apa-apa laporan lagi.
Pada masa yang saman, Ketua Polis Daerah Sepang, Imran Abdul Rahman turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ia tidak benar selepas menjalankan siasatan.
“Jangan hanya sekadar dengan penafian dan tidak dikemukan dengan fakta dan laporan. Semua orang boleh menafikan dan rakyat juga tidak bodoh dengan alasan penafian sebegitu,” katanya kepada Keadilandaily.com
Kelmarin, Pemuda Pas mengesan dan mengepung kumpulan disyaki sindiket di sebuah pusat peranginan di kawasan sekitar Putrajaya.
Dalam serbuan itu, Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing, termasuk warganegara Indonesia, Bangladesh dan Kemboja yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.
Pemberian kad pengenalan segera itu  dianggap mengesahkan dakwaan Pejabat Perdana Menteri Bangladesh baru-baru ini bahawa kerajaan Malaysia memberi kerakyatan mudah kepada warganegaranya dengan syarat mengundi Umno-BN.
Pemuda Pas dilapor mendakwa kegiatan itu berjalan rancak menjelang akhir September dan  akan berterusan hingga Disember tahun ini – dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan Februari atau Mac tahun depan.

0 Komen pengunjong :