Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AMK jelajah Malaysia pertahan Anwar, bongkar Scorpene


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) akan menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
Dalam siri jelajah yang dinamakan ‘Jelajah Untuk Muafakat & Penyebaran Maklumat’ atau ‘Jumpa Rakyat’ itu, AMK akan membongkar pelbagai isu semasa termasuk perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan skandal Scorpene.
Perbicaraan Fitnah II menyaksikan terbaru, pakar tulang belakang Jerman, Dr Thomas Hoogland, dan bekas teman sekampus Mohd Saiful Bukhari-pengadu dalam kes itu- memberi keterangan di mahkamah.
Selain isu itu, AMK juga dijangka mendedahkan rasuahScorpene, membabitkan pemberian komisen berjumlah lebih RM500 juta  yang kini sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Perancis.
Manakala belanjawan yang dikemukakan Pakatan Rakyat serta agenda yang terkandung dalam Buku Jingga, juga akan dikupas dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.
“AMK akan memastikan maklumat dan penerangan disampaikan kepada setiap anggota seperti perkembangan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar dan kelebihan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang diciplak oleh Belanjawan kerajaan Barisan Nasional.
“Begitu juga isu skandal rasuah kapal selam Scorpene dan manifesto Buku Jingga perlu diperjelaskan kepada rakyat,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip.
Menurut Rozan, program Jumpa Rakyat yang dikendalikan Biro Penerangan AMK itu akan menumpukan fokus kepada lebih 90 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bakal ditandingi KEADILAN bermula November ini.
Justeru satu rangka lanjutan tersusun bagi meneruskan kerja tersebut melalui siri program telah pun bermula di Sik dan Padang Besar di Kedah pada Jumaat, 14 Oktober lalu.
Maklumat program ‘Jumpa Rakyat’ dan perkembangan terkini Angkatan Muda KEADILAN boleh diperolehi dengan melayari laman web www.angkatanmuda.net

0 Komen pengunjong :