Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Permohonan Najib Rosmah diputus hari ini


KUALA LUMPUR, 22 Sept: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka memutuskan hari ini untuk mendengar permohonan bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat II.

Empat peguam - bekas timbalan pendakwa raya Salehuddin Saidin, peguam-peguam kanan jenayah Hisyam Poh Teik, M Athimulan dan Ghazi Ishak - memfailkan permohonan itu semalam, lapor Malaysiakini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh dalam perbicaraan itu, menyifatkan perkembangan terbaru perdana menteri sebagai tidak "cool", dan membidas usaha Najib yang cuba menukar imejnya sebagai 'sempoi' selaras dengan usaha mendekati rakyat, khususnya golongan muda.

Anwar juga dijangka memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan Najib dan Rosmah. Di samping itu kedua-dua mereka - bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof - juga dipanggil sebagai saksi pembelaan.

Pada perbicaraan hari ini, DNA Australia Dr Brian McDonald akan diperiksa-balas hari ini oleh peguambela Ramkarpal Singh setelah dua hari berturut-turut disoal-balas oleh pihak pendakwaan.

Semalam, pihak pendakwaan cuba mempertikaikan kredibiliti Dr McDonald apabila mengungkitkan semula kes-kes mahkamah yang telah menolak keterangannya.

Pasukan peguam bela Anwar memohon mahkamah untuk mengeluarkan perintah sapina agar lima saksi penting hadir ke perbicaraan Fitnah II.

Lima saksi itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, dan pemilik kondominium Desa Damansara, Haji Hasanuddin Abdul Hamid.

Permohonan itu dibuat kerana empat daripada mereka, kecuali Hasanudin enggan hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dan hanya akan hadir jika disapina. Manakala Hasanudin pula berkata akan hadir jika ditemani peguam.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar berkata semua mereka perlu dipanggil ke mahkamah kerana mereka merupakan saksi penting perbicaraan kerana turut ditemubual oleh polis sewaktu siasatan kes Fitnah II berlangsung.

“Mereka saksi yang penting. Apabila pendakwa raya mengemukakan mereka sebagai saksi, maka pendakwa raya perlu membawa saksi tersebut ke mahkamah untuk menjadi saksi perbicaraan.

“Hakikat bahawa kenyataan ada diambil daripada mereka sewaktu siasatan, menunjukkan mereka saksi yang penting,” kata Karpal di dalam mahkamah.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Isnin 8 Ogos sebagai tarikh untuk beliau memberikan keputusan samada kelima-lima individu itu disapina ke mahkamah.

0 Komen pengunjong :