Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib, Rosmah ‘demam’ jika berdepan Anwar di mahkamah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, justeru itu kedua-duanya memfailkan permohonan untuk mengetepikan sapina supaya hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah II itu.
“Mereka (Najib dan Rosmah) takut dedahkan penglibatan mereka dalam konspirasi ini. Mereka hanya  berani tuduh tapi tak berani tampil diri sebagai saksi di mahkamah.
“Sekarang ini kita tahu Najib dan Rosmah yang sebenarnya akan demam jika berdepan dengan Anwar di mahkamah, ” kata Tian Chua.
Najib dan Rosmah  ketika dipanggil peguam untuk ditemubual sebelum ini berkata,  mereka hanya akan hadir jika mahkamah mengeluarkan sapina.
Bagaimanapun secara senyap-senyap mereka datang ke Mahkamah Jalan Duta dan bertemu peguam untuk menyatakan keengganan hadir sebagai saksi.
Kedua mereka sangat dikehendaki memberi keterangan kerana kaitan dalam kes itu yang disifatkan sebagai konspirasi kedua terhadap Anwar.
Ini kerana pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar pada 24 Jun 2008.
Najib pada mulanya menafikan pertemuan itu dan hanya mengaku bertemu Saiful pada 12 Febuari 2008  berhubung  permohonan biasiswa.
Bagaimanapun, selepas diasak soalan dari wartawan portal internet, Najib akhirnya mengaku bertemu Saiful selepas dibawa oleh pembantu khasnya, Khairil Anas Yusuf pada 24 Jun 2008.
Kejadian liwat itu pula dilapor oleh Saiful berlaku dua hari selepas itu iaitu pada 26 Jun 2008.
Dalam keterangannya di mahkamah pada 10 Mei 2010, Saiful juga mengaku berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas Rosmah, sebelum membuat aduan polis dia diliwat Anwar pada 28 Jun 2008.
Pada Januari lalu, ketika desakan supaya Najib menyahut cabaran  debat dengan Anwar berhubung Buku Jingga, Najib berkata Anwar akan ‘demam’ jika maklumatnya dibongkar.
Malah yang terbaru, selepas mengumumkan pemansuhan ISA,  Najib sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan ketua pembangkang itu.

0 Komen pengunjong :