Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes Mohd Sabu bukti BN masih guna mahkamah

SHAH ALAM, 22 Sept: Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok  menyifatkan pendakwaan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi mempergunakan mahkamah sebagai saluran politik.
Katanya, Mohamad yang didakwa memfitnah anggota polis yang terbunuh ketika serangan komunis ketika zaman British menunjukkan BN mempergunakan mahkamah untuk menakut-nakutkan, membuli dan memenjarakan lawan politik mereka.
“Sekiranya didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara selama dua tahun dan didenda. Sekiranya ini berlaku, beliau boleh ditegah dari bertanding dan berkempen di dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“Adakah ini taktik BN untuk mengelak dari menghadapi Mat Sabu di dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan perbicaraan beliau dijadualkan pada Disember 2011?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Sedangkan, ujarnya Khamis lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan reformasi politik di Malaysia dengan kata-kata manis seperti “mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik” dan “Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya. ”
“Tidak sampai seminggu telah berlalu, lawan politik beliau, Mat Sabu telah pun didakwa di mahkamah atas pendapat perbadinya mengenai sejarah,” ujarnya lagi.
Baginya, kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat tidak dipedulikan begitu sahaja.
Tambahnya, Perdana Menteri yang benar-benar berfikiran terbuka dan dinamik haruslah sedar bahawa perbezaan pendapat mengenai penterjemahan sejarah tidak sesuai dibahaskan di bilik mahkamah tetapi haruslah diselesaikan melalui dialog dan perbahasan di dalam ruang akademik.
Lebih-lebih lagi, katanya kenyataan Mat Sabu tidak memfitnah sesiapa.
Menurutnya, Mohamad juga tidak mengapi-apikan sebarang isu perkauman ataupun agama.
Ini, ujarnya berbeza sekali dengan Utusan Malaysia dan Perkasa yang telah berulang kali mengeluarkan kenyataan yang mengapi-apikan sentimen perkauman, rasa benci and berbohong tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan.
Mereka, tambah beliau dibiarkan menyemai benih-benih ketakutan dan kebencian secara bebas.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Selangor menyifatkan pendakwaan terhadap Mat Sabu membuktikan kerajaan bersifat berat sebelah dan mengamalkan pendakwaan secara pilih kasih.
Teresa Kok turut mengutuk serangan bom petrol ke atas kediaman Mat Sabu kelmarin.
“Saya juga mengutuk ugutan simbahan asid yang diterima oleh beliau melalui SMS sebelumnya,” katanya.
Katanya, ugutan sebegitu terhadap beliau dan keluarga beliau adalah jenayah dan harus didakwa di mahkamah.
“Saya mengulang seruan saya kepada Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kes ini, menangkap orang yang bertanggungjawab dan menyediakan pelindungan yang sewajarnya kepada beliau dan keluarga beliau.
“Saya juga menggesa pemimpin Barisan Nasional supaya mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mengutuk ugutan terhadap Mat Sabu agar menunjukkan pendirian mereka menentang keganasan di dalam bidang politik,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :