Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Enggan beri Suara Keadilan permit, bukti Najib tidak ikhlas


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk  Hishamuddin Hussein  yang enggan memberi jawapan samada akhbar Suara Keadilan akan diberi permit semula.
“Keengganan berterusan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan permit untuk Suara Keadilan petunjuk paling jelas bahawa kerajaan tidak ikhlas untuk meliberalisasikan undang-undang media dan membenarkan kebebasan sebenar akhbar di negara ini,” katanya.
Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dengan menggantikan pembaharuan permit penerbitan tahunan kepada permohonan sekali sahaja, selain memansuhkan ISA.
Namun hari ini Hishamuddin Hussein dalam satu sidang media membuat kenyataan bahawa “keselamatan” akan menjadi kebimbangan utama dalam mengeluarkan permit bagi penerbitan akhbar.
“Ini mengesahkan kerajaan hanya memberi alasan palsu dan munafik seperti ‘sebab-sebab keselamatan’ untuk menafikan permit penerbitan yang mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata Surendran dalam satu kenyataan.
“Ia juga bukti jelas bahawa reformasi yang berupa sebagai PM hanyalah satu penipuan besar-besaran ke atas rakyat,” tambah beliau.
Katanya, walaupun PM membuat janji-janji untuk menjadikan negara “demokrasi yang terbaik”, namun kenyataan Hishamuddin bahawa budi bicara mutlak untuk memberi dan membatalkan permit akan dikekalkan, membuktikan PM hanya sekadar menabur janji.
Justeru itu Surendran menyeru kerajaan supaya  melakukan pembaharuan secara efektif seperti yang diumumkan PM agar negara berubah menjadi demokrasi yang betul dan matang.

0 Komen pengunjong :