Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

DAP diminta timbang hudud bagi perkuatkan Pakatan


Kedudukan Pakatan Rakyat akan diperkuatkan jika DAP sanggup mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan tidak terikat dengan obsesi menentangnya, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Malah katanya, tindakan itu akan memperakui kepelbagain di negara ini.

“Seperkara yang menarik, Kelantan adalah unik. Rakyat memilih PAS sejak dari tahun 1990 dan berjaya mempertahankan negeri itu meskipun hanya mempunyai kelebihan majoriti satu kerusi pada pilihan raya umum 2004. Rakyat Kelantan juga setia bersama PAS apabila negeri-negeri lain memilih untuk bersama dengan Umno-BN.

“Oleh itu, mampu bertahan walaupun berseorangan adalah antara ciri-ciri unggul bagi negeri Kelantan dan rakyatnya,” kata Aziz dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakini.

Justeru, menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, berdasarkan latar belakang berkenaan adalah reaksi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mempertahankan supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

“Saya rasa rakyat cuba menyampaikan mesej supaya berhati-hati melayani kehendak mereka. Mereka mahu bersama dengan seluruh rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama mengingatkan rakan senegara yang lain supaya menghormati pilihan mereka,” katanya lagi.

Menurut Aziz, Umno, DAP, MCA dan Gerakan mungkin takut dengan hukum hudud tetapi tidak bagi rakyat Kelantan yang mengundi PAS sejak tahun 1990.

Katanya, masalahnya sekarang adalah jelas bukan kerana PAS cuba memaksa orang bukan Islam dan rakyat luar dari Kelantan untuk menerima hukum hudud.

“Sebaliknya, masalah sebenar adalah mereka yang menentang hukum hudud cuba memaksa rakyat Kelantan untuk bercerai atau melupakan pilihan mereka untuk menerima hudud,” katanya.

Sehubungan itu, Aziz mengingatkan pemimpin DAP bahawa bertentangan dengan apa yang mereka dakwa, bahawa tiada apa-apa jua dalam perlembagaan persekutuan yang melarang permohonan hukum hudud dilaksanakan di negara ini..

“Umno mengambil pendirian itu tetapi disokong bersama oleh DAP, MCA dan Gerakan berhubung pelaksanaannya. Hipokrasi tulen yang cukup mudah,” akhirinya.

0 Komen pengunjong :