Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Syawal kesinambungan ujian Ramadan, kata Anwar

anwar ibrahim and pkr and peopleKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Ramadan ibarat sebuah madrasah yang mendidik erti kerendahan hari dan sabar menanggung ujian di kalangan umat Islam.

Dalam perutusan sempena Aidilfitri, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan merupakan ujian kepada umat Islam, - melawan nafsu, menundukkan musuh utama - dan sekiranya menang, dianugerahi Allah SWT dengan petunjuk serta ampunan dari-Nya.

“Maka tidak hairanlah kita mengapa perintah melaksanakan ibadah puasa dipintal bersama dengan keutamaan al-Quran.

“Kedua-duanya menjadi satu kesempatan buat umat untuk menghayati, merenungi serta untuk dimaanfaatkan, dengan tujuan dilimpahi petunjuk untuk membedakan antara yang benar dengan yang batil, menafikan ketundukan kepada makhluk dan bersaksi bahawa kekuasaan hanya milik Dzul Jalal Wal Ikram (Yang Maha Memilki Kebesaran dan Kemuliaan),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar yang turut melahirkan kegembiraan dan berharap agar umat Islam bersyukur serta menyambut Syawal dengan rasa gembira dan digunakan sebagai kesempatan memperkukuh hubungan sesama mereka dengan Allah sepanjang bulan Ramadan itu berterusan.

0 Komen pengunjong :