Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Seperti Mandela, tindakan Anwar protes sistem perundangan Malaysia

KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan ketika berada di kandang tertuduh semalam sebagai protesnya terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil di negara ini.
Menurut Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, Anwar bertindak sedemikian kerana sedar keterangannya dari kandang saksi tidak diberi perhatian atau penekanan berbanding keterangan dari kandang tertuduh.
“Dengan enggan untuk memberi keterangan dan mencabar mereka untuk melakukan yang paling teruk, Anwar sebenarnya telah meletakkan undang-undang dan politik itu sendiri yang dibicarakan,”
“Sekarang dia telah mengubah pendakwaan itu dan menjadikannya sebagai senjata untuk memperbaiki negara,” kata Surendran.
Beliau berkata menerusi tindakan itu, Anwar telah membuktikan bagaimana sistem keadilan negara berjaya dijadikan alat oleh mereka yang berkuasa sekarang.
Katanya, tindakan sama dilakukan mantan presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela ketika beliau memilih untuk memberi kenyataan bersumpah dari kandang tertuduh semasa perbicaraan politik yang dihadapinya.
“Mandela menggunakan kenyataan ini yang terkenal dalam perbicaraan Rivonia sham untuk mendedahkan kejahatan rejim apartheid bagi penelitian dan kesimpulan kepada dunia.
“Kenyataan oleh Mandela turut diambil oleh Anwar ketika berada di dalam kandang tertuduh.
“Seperti Anwar selepasnya, Mandela menyedari hanya keputusan bersalah dan memilih untuk memberi kenyataan penuh perjuangannya, daripada membiarkan hujah muncul dalam ‘cebisan dan kepingan’ semasa pemeriksaan balas,” kata Surendran.

0 Komen pengunjong :