Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Saiful beritahu doktor, plastik dimasuk ke dubur


KUALA LUMPUR: Saksi pembela dari Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid berkata, pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim  memberitahu objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.
Dr Mohamad Osman ialah doktor pertama  memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.
Dalam keterangannya hari ini, beliau mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu mengakui objek plastik dimasukkan ke duburny.
Saksi berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa beliau tidak menulis  perkara itu selepas pemeriksaan dijalankan.
Selepas pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan dubur dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan  objek plastik dimasukkan ke duburnya.
“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.
Menjawab soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.
Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?
Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.
Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.
Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.
Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatatkan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

0 Komen pengunjong :