Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MCA berfahaman sempit : Lim Guang Eng

BUTTERWORTH : Tindakan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang mempertikai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, kerana didakwa memberi kontrak Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang kepada kontraktor Bumiputera dan India Muslim dianggap sebagai tidak matang dan berfahaman sempit.
Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh MCA tidak jauh bezanya dengan Umno yang menjadi rakan karib dalam BN.
"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita membantu masyarakat bukan Melayu, Umno pula akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu.
"Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai.
"Oleh kerana itulah, apabila Umno seolah-olah gila talak kerana hilang kuasa, maka MCA juga kempunan untuk mengikut rakannya dengan menyalak tanpa hala tuju yang positif," ujarnya pada perasmian Jalan P Patto di Mak Mandin pagi tadi.
Sehubungan itu katanya, seandainya kuasa diberikan kepada BN, tidak mustahil banyak perpecahan dalam hubungan antara kaum akan terus berlaku, apabila perjuangan bangsa seperti yang diamalkan oleh komponen BN menjadi amalan.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan, turut menyeru MCA supaya menyedari hakikat bahawa mereka bersama-sama dengan MIC dan Gerakan, sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terhadap perjuangan mereka bagi membela nasib rakyat di Pulau Pinang.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh dan barisan exco serta kepimpinan kerajaan negeri.

0 Komen pengunjong :