Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Loji Lynas: PAS mahu Putrajaya adakan referendum rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — PAS mahu Putrajaya mengadakan satu referendum bagi mendapatkan pandangan rakyat jelata mengenai operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebelum ia beroperasi, dijangka mulai bulan depan. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata meskipun laporan badan penilai antarabangsa sebelum ini pernah memberi ‘lampu hijau’ tentang aspek keselamatan loji itu, tetapi wujud pandangan berbelah bahagi dengan ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.
“Jadi, bagi menyelesaikan kemelut ini, saya meminta agar kerajaan mengadakan satu referendum di kalangan rakyat melibatkan kawasan sektar 70 kilometer.
“Jika rakyat bersetuju teruskan, dan jika tidak bersetuju batalkan operasi loji yang hendak dimulakan dalam waktu terdekat ini, saya difahamkan September ini” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, meskipun ada laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diumumkan awal Julai lalu tetapi wujud pandangan berbeza - ada rakyat tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan terus melahirkan kebimbangan mengenai aspek keselamatan loji tersebut dalam jangka panjang.
“Bagi memastikan syarikat Lynas rasa selesa dan rakyat diberi peluang memberikan pandangan, kita mencadangkan agar diadakan satu referendum... jika majoriti rakyat mengatakan mereka terima loji itu, maka kerajaan boleh membenarkan operasi loji tersebut,” kata beliau lagi.
“Tiada guna jika rakyat terus mengadakan tunjuk perasaan dan bantahan jika loji ini diteruskan. Lebih baik ia diselesaikan sekarang menerusi satu referendum,” kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kata beliau, kerajaan perlu mengambil kira pandangan orang ramai kerana memang dilaporkan bahawa loji itu selamat buat masa sekarang tetapi “kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ia mula beroperasi.”
“Semua loji nuklear dan loji nadir bumi memang dikatakan selamat di peringkat awal termasuk di Jepun, tetapi apa yang terjadi selepas sesuatu yang bukan di luar kawalan terjadi kelak?” katanya.
Dalam laporannya diumumkan awal Julai lalu, IAEA mendapati projek Lynas untuk mengekstrak nadir bumi yang akan beroperasi di Gebeng, Pahang, mematuhi piawaian keselamatan radiasi antarabangsa.
Laporan setebal 55 muka surat yang dibuat panel bebas sembilan pakar dalam bidang keselamatan dan kesihatan radiologi itu turut mengesahkan dua badan kawal selia iaitu Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah memastikan semua aspek projek berkenaan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa.
Bahkan, dalam sesetengah kes, peraturan di negara ini bukan saja lengkap dan mematuhi piawaian IAEA, malah lebih ketat berbanding piawaian keselamatan diterima di peringkat antarabangsa.
Ia turut mengenal pasti 11 cadangan memperbaiki pengurusan kawal selia oleh AELB dan agensi lain yang perlu dilaksanakan sebelum projek Lynas boleh beroperasi untuk peringkat seterusnya.
Kandungan laporan IAEA antaranya menjelaskan Lynas perlu mengemukakan rancangan pengurusan sisa jangka panjang yang lengkap kepada kerajaan dan mematuhinya sebelum boleh memulakan operasi.
PAS, komponen Pakatan Rakyat, melahirkan pandangan ini ketika kontroversi terbaru ekoran pendirian Ahli Parlimen Hulu Langat dari parti itu, Dr Che Rosli Che Mat dilaporkan menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.
Beliau yang didakwa membuat pendirian bercanggah dengan parti dijangka dipanggil untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.
Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.
Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.
PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

0 Komen pengunjong :