Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Beri warganegara, pengkhianat negara- AMK


KUALA LUMPUR:  Tindakan memberikan kewarganegaraan kepada warga asing semata-mata untuk mendapatkan undi dan kekal berkuasa merupakan satu bentuk pengkhianatan.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Jonah menggesa pihak yang berbuat demikian didakwa di mahkamah kerana pecah amanah.
“Individu yang terlibat dalam menjayakan kewujudan pengundi hantu dianggap sebagai mencabuli etika ketatanegaraan.
“Ada juga komen kata tindakan ini satu pengkhianatan kepada negara, saya juga setuju. Contohnya, kalau yang terlibat itu pegawai tertinggi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita dakwa mereka kerana pecah amanah,” kata Jonah.
Menurutnya, mereka yang tergamak memberikan kewarganegaraan kepada penduduk asing itu secara jelas terlibat dalam proses yang sistematik tetapi pada masa yang sama mendedahkan maklumat negara kepada ancaman kompromi data.
“Ia satu pecah amanah kerana mereka (pegawai) berkenaan terlibat dalam aktiviti yang mengkompromikan integriti data negara, menukar dokumen, dan juga memindahkan data,” kata Jonah.
Mutakhir ini terdapat semakin banyak pendedahan dilakukan membuktikan wujudnya permainan kotor dan ketidakcekapan SPR sebagai badan yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia.
Antara yang terbaru adalah skandal Mismah-gate – menyaksikan seorang penduduk tetap mendapat status warganegara dalam masa empat jam sahaja dan layak mengundi kerana namanya wujud dalam daftar SPR.
Hari ini pula, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas mendedahkan ‘Kg Baru’ didaftarkan sebagai pemilih dalam portal SPR dan turut berada dalam senarai pemilih.

0 Komen pengunjong :