Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AirAsia-MAS: Sejarah akan berulang kata Mahfuz

azlan

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli.

Selain itu, dakwa Mahfuz, penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang didakwanya mempunyai kaitan, adalah "manifestasi kegagalan dasar dan program penswastaan" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.

"Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya.

Sehubungan itu, katanya pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli

Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya.
Ketelusan tinggi

"Ini satu perkara yang tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu ketelusan yang sangat tinggi," katanya.

Minggu lalu, MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

Di bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

"Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.

"Saya juga meminta dalam isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti air asia yang lebih besar.

"Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju.

Bagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut.

"Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah).

"Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

0 Komen pengunjong :