KUALA LUMPUR, 8 Julai — Sementara polis mempertingkatkan tindakan mereka termasuk memperoleh perintah mahkamah semalam, Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa rakyat - dalam kes semasa Bersih 2.0 - mempunyai kebebasan berhimpun secara aman sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara itu, yang dicapai selepas pertemuan Bersih 2.0 dengan Yang di-Pertuan Agong 5 Julai lalu, dapat dicapai antara pihak berkuasa dan gabungan tersebut dalam semangat perdamaian.
“(Suhakam) akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Hasmy berkata Suhakam mengalu-alukan konsultasi yang sedang berjalan antara pihak berkuasa dan Bersih 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan esok, yang mahu diadakan di Stadium Merdeka, setelah menurut titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Julai dan majlis menghadap pada keesokan hari.
“Walaupun mengalu-alukan perkembangan positif ini, dalam keadaan sekarang, Suhakam ingin mengulangi bahawa kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat,” katanya.
Polis yang tidak membenarkan perhimpunan aman Bersih di Stadium Merdeka juga telah memperoleh perintah mahkamah melarang 91 orang daripada memasuki Kuala Lumpur esok.
Ia termasuklah pemimpin Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno. Hasmy berkata, Suhakam juga ingin menyatakan rasa kebimbangan tentang penangkapan dan penahanan beberapa Ahli Parlimen dan aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera.
Kata beliau, mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya dan setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka, selain setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
“Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.
“Dalam perkara ini, Suhakam telah berulang kali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :