Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SAMM bagi syarat: Mahu Stadium Negara, bebas gangguan polis

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akur keputusan Sekretariat Bersih 2.0 selepas mengadap Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya perhimpunan aman 9 Julai ini diadakan di stadium.
Menurut Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin, keprihatinan baginda terhadap tuntutan NGO itu memberi tamparan hebat kepada kerajaan yang sebelum ini enggan berbincang dan menekan aktivis Bersih.
Justeru itu, SAMM mencadangkan Sekretariat Bersih segera menyatakan persetujuan secara rasmi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, selaku Menteri Dalam Negeri supaya Stadium Negara dijadikan lokasi perhimpunan.
“Jika tidak pun Dataran Merdeka. Himpunan mesti bebas gangguan polis,” tegas Badrul atau Chegu Bard dalam satu kenyataan media.
Serentak dengan pengiktirafan Agong trehadap himpunan itu, kata Chegu Bard, semua tekanan dan hambatan kepada aktivis Bersih harus dihentikan serta merta.
“Semua yang ditahan harus dibebaskan dan semua pendakwaan berkaitan Bersih 2.0 harus digugurkan,” kata beliau.
Menurutnya lagi, SAMM juga menuntut supaya aktivis atau peserta perhimpunan itu bebas memakai baju, atau apa saja pakaian berwarna kuning yang telah diharamkan kerajaan sebelum ini.
“Pada hari tersebut Kuala Lumpur tidak seharusnya dikepung seperti ‘zon perang’.
“Semua aktivis Bersih harus dibenarkan masuk secara aman ke kawasan tempat di mana perhimpunan setuju diadakan,” tegasnya lagi.
Beliau dalam pada itu menyeru aktivis anak muda di seluruh negara supaya tidak berasa kecewa dan patah semangat hasil pengumuman itu.
“Yakinlah keputusan ini sebenarnya banyak hikmahnya. Buruan (Polis) akan dihentikan, jalan menuju Kuala Lumpur akan terbuka luas.
“Ayuh kita buktikan himpunan pasti akan lebih 100,000 orang ini aman dan isunya ialah desakan pilihanraya bebas dan adil. Tunjukkan kita matang politik,” seru Chegu Bard.

0 Komen pengunjong :