KUALA LUMPUR, 8 Julai — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta perkenan baginda agar menitahkan supaya diadakan referendum bebas mengenai sistem pilihan raya yang bebas dan adil.
Khalid menghantar surat ketika Bersih 2.0 bersiap sedia untuk mengadakan perhimpunan aman menuntut pembaharuan pilihan raya di ibu negara esok meskipun tidak mendapat permit polis.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Khalid berkata beliau telah menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda petang ini.
Dengan diadakan referendum itu, kata Menteri Besar, kesemua kehendak rakyat ini perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya atau kerajaan yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Khalid berkata, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, yang sudi berjumpa dengan jawatankuasa Bersih 2.0 Selasa lalu dan mengikuti perkembangan gabungan itu.
Memorandum yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campur tangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih.
“Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog.
“Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak bertanggungjawab ini terus dilakukan,” kata Khalid lagi.
Beliau berkata, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti memanipulasi kawasan persempadanan, jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen, penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa, penyamaran dan penukaran kotak undi, sistem undi pos yang menimbulkan tanda tanya, waktu berkempen yang singkat dan laporan media yang berat sebelah.
Menteri Besar juga berkata, Memorandum Rakyat yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.
Memorandum Rakyat itu mengandungi lapan perkara utama iaitu membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh berkempen minimum 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

0 Komen pengunjong :