Mahkamah Rayuan tolak usaha Anwar lucutkan hakim kes liwat

PUTRAJAYA, 6 Julai — Mahkamah Rayuan hari ini menolak usaha terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ketiga, untuk melucutkan hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kes liwat beliau.
Mahkamah juga mengetepikan permohonan Anwar agar ditangguhkan prosiding kes semasa. Keputusan itu dibuat oleh panel hakim Datuk Hasan Lah, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Ahmad Maarop.
Peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa beliau akan memfailkan rayuan berhubung keputusan hari ini esok dan juga satu permohonan minta menangguhkan segala prosiding.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 13 Julai untuk prosiding kes melibatkan Ketua Pembangkang itu.
Pada 6 Jun lalu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memfailkan usaha ketiganya untuk melucutkan Mohd Zabidin daripada mendengar kes beliau.
Panel hakim memutuskan bahawa permohonan pembela kurang “merit.”

0 Komen pengunjong :