Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Desakan rakyat akhirnya membebaskan EO6!


Desakan rakyat akhirnya berhasil, apabila enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO) dibebaskan, pada jam 5.30 petang tadi.  Enam orang tahanan EO termasuklah Micheal Jeyakumar Deveraj, Sarasvathy Muthu, Choo Chon Kai, Sukumaran Munisamy, A.Letchumanan dan Saratbabu.
Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa keenam-enam tahanan telah dibebaskan tadi, dan beliau kini berada bersama mereka.
Menurut peguam mereka, Yudi, keadaan keenam-enam orang EO6 agak baik.  Bagaimanapun, beliau berkata dirinya gagal menilai keadaan kesihatan mereka secara teliti kerana dirinya bukan doktor.
Jeyakumar Devaraj mula melancarkan mogok laparnya sejak semalam, mendesak agar kerajaan membebaskan diri dan rakan seperjuangannya.  Malah, 36 orang warga Malaysia menyatakan kesediaan untuk mencukur rambutnya pada pagi esok sebagai bantahan terhadap penahanan EO6.
Bagaimanapun, candle light vigil yang dijadualkan untuk berlangsung pada jam 9 malam ini akan diteruskan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.  Menurut Arutchelvan dalam Facebooknya, satu majlis menyambut pembebasan EO6 bakal dijalankan pada jam 7.30 petang ini, di  tempat yang sama.


-/MerdekaReview

0 Komen pengunjong :