Tegas Khairul Anuar, ini kerana mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi memberikan hak sepenuhnya kepada orang ramai untuk berhimpun serta menyuarakan pandangan mereka, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
"Kita ingin menyatakan disini dengan tegas dan jelas bahawa PR mempunyai 'legitimate right' (hak sah) untuk mendukung Bersih 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Pemimpin-peminpin PR, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi, Kit Siang mempunyai 'ilegaltimate right' untuk bersama-sama dalam perhimpunan Bersih 2.0,"tegasnya.
Malah, katanya hak sah itu meliputi semua lapisan masyarakat di negara ini.
"Penyokong-penyokong PR juga mempunyai 'legitimate right' untuk terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dan pada perhimpunan-perhimpunan Bersih akan datang," katanya dalam sidang media AMK di Ibu pejabat PKR, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini dilihat cuba untuk terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”
“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini.
Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.
Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.
Bagaimanapun, pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik termasuk Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Rakyat untuk menyertai usaha mereka dalam menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.
Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Jonah turut menyifatkan kenyataan Aziz itu sebagai dangkal dan hanya bertujuan mengaburi mata rakyat.
"Hujah-hujah yang mengatakan bahawa Bersih 2.0 didukung pemimpin PR adalah satu hujah yang dangkal dan kita tidak boleh terima sama sekali," ujarnya.
Apatah lagi, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu Pakatan Rakyat berjaya memperolehi lebih 49 peratus undi popular daripada rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, Jonah turut mendesak polis agar menghentikan sebarang bentuk intimidasi terhadap rakyat yang ingin mendukung perjuangan Bersih 2.0 sekali gus menjunjung keluhuran perlembagaan dan bukan sebaliknya.
"Kita desak polis agar hentikan sebarang bentuk intimidasi terhadap anggota-anggota parti, AMK baik disemua peringkat serta kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendukung perjuangan Bersih 2.0,"tambahnya.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.
Puluhan ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat
0 Komen pengunjong :