Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar gesa enam tahanan EO dibebas tanpa syarat

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua enam aktivis parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) dibebaskan serta merta tanpa sebarang syarat.
Katanya, alasan kerajaan menahan enam individu terbabit kerana terlibat dengan aktiviti subversif, ternyata merupakan satu helah pemerintah untuk  memburukkan Gabungan Bersih dan Pilihan Raya Adil (Bersih 2.0) semata-mata.
Buktinya kata Anwar, selepas permohonan Habeas Corpus, alasan penahanan ditukar kepada terbabit dengan merancang perhimpunan aman Bersih.
“Alasan yang berdolak dalik ini menjadi bukti penahanan 6 orang tersebut tidak berasas sama sekali,” tegas Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN.
Justeru,  katanya, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara demi menerangkan kepada rakyat kezaliman yang dilakukan pemerintah.
Kezaliman itu, kata beliau, bukan sahaja dilakukan terhadap 6 individu itu, tetapi juga seluruh mangsa tahanan tanpa bicara yang ditahan di bawah undang-undang seumpama Ordinan Darurat.
“Undang-undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara, bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah,” kata Anwar.
Menurut Anwar lagi, kini wujud pula kebimbangan bahawa mereka yang ditahan, termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, kemungkinan dikasari  pihak polis semasa disoal siasat.
“Kita perihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu hatta dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM ).
“Adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin Parti Sosialis itu semenjak dari 15 Julai 2011 lagi,” kata Anwar.
Enam aktivis  PSM, termasuk Dr Jeyakumar ditangkap  mengikut EO sebaik mereka dibebaskan dari tahanan polis pada 2 Julai lalu.
Antaranya termasuk Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa Pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha PSM Bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda, Sarat Babu.
Sebelum itu, mereka bersama 24 yang lain ditahan di Tangkak Johor semasa program ‘Udah lah..bersaralah’, menjelang himpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

0 Komen pengunjong :