Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ambiga : Bersih Adalah Suara Rakyat

KUALA LUMPUR 3 JULAI : Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan Bersih 2.0, berkuat kuasa kelmarin, tidak akan membawa impak sebab pergerakan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya itu telah berjaya dalam memikat “hati dan minda rakyat”, kata pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan.


Bekas presiden Majlis Peguam itu juga tidak bersetuju dengan pentadbiran Najib yang memutuskan pergerakan tersebut menyalahi undang-undang sebab Bersih 2.0 adalah gabungan pertubuhan-pertubuhan didaftarkan dan justeru, ia tidak memerlukan pendaftaran.


“Lebih penting lagi, di luar jangkauan, Bersih sekarang lebih daripada hanya satu kumpulan pertubuhan bagi rakyat Malaysia. Bersih kini satu konsep yang telah memikat hati dan minda rakyat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.


Sehubungan itu kata beliau, “Bersih kini adalah rakyat” dan maka, apa sahaja tindakan cuba dilakukan ke atasnya tidak akan membawa sebarang perbezaan terhadap pandangan orang ramai tentang perjuangannya.


Ambiga (gambar) juga tidak bersetuju dengan alasan-alasan disenaraikan oleh Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman berhubung langkah mengharamkan Bersih 2.0, sebagaimana digariskan dalam satu kenyataan media semalam.


“Dari sudut perundangan, kami percaya bahawa Bersih 2.0 merupakan gabungan pertubuhan yang didaftarkan, jadi ia tidak perlu pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan,” kata beliau.


Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang semalam, Putrajaya mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram — seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.


Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.


“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai,” kata Abdul Rahman.


Abdul Rahman juga berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.


Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.


Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.


Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai menyenaraikan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya, mendapatkan sokongan Pakatan Rakyat.


Bagaimanapun BN dan pertubuhan-pertubuhan yang pro perikatan itu membantah.


Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada hari yang sama di ibu negara.


Awal minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.


Lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan.


Kelmarin, polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.

0 Komen pengunjong :