Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Wang Felda untuk aktiviti politik


PETALING JAYA:  Beratus juta ringgit dibelanjakan pengurusan Felda untuk pelbagai aktiviti politik Umno, dakwa Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
“Saya boleh kata perbelanjaan untuk aktiviti politik di kawasan-kawasan Felda di seluruh negara  membabitkan perbelanjaan RM200 juta.
“Aktiviti politik begini antara menjadi punca Felda selalu tidak cukup wang untuk membantu peneroka.
“Apa guna  aktiviti politik kepada peneroka Felda? Melainkan supaya peneroka menyokong dan mengundi Umno,” katanya.
Kata Mazlan, sesetengah program tersebut tidak sepatutnya diadakan dan membabitkan peneroka Felda.
“Jika wang Felda tidak disalah gunakan dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah, agensi tanah itu akan menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terkaya di Malaysia.
Sebanyak 54 parlimen mempunyai rancangan Felda di seluruh negara.

Simpanan tetap
Begitupun, menurut Mazlan yang juga AJK PAS mendakwa, Felda bukan lagi kawasan simpanan tetap untuk BN.
Menurutnya, kira-kira 70 peratus dari hampir 500, 000 adalah golongan muda  menyokong pembangkang, peningkatan mendadak berbanding dalam pilihan raya umum2008.
“Sebelum ini hanya peneroka tua yang membentuk 30 peratus jumlah pengundi menyokong  Umno tetapi kini mereka semakin berkurangan. Anak-anak peneroka lebih memihak kepada pembangkang.
“Keadaan sebegini yang menyebabkan Umno  takut dan mereka melakukan pelbagai aktiviti politik di kawasan penempatan peneroka,” katanya.
Mazlan menambah, orang politik lah yang menguasai Felda dan contoh paling nyata pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi.
Isa merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan dan bekas naib presiden Umno yang dikatakan terbabit dengan politik wang dalam pemilihan 2007.

0 Komen pengunjong :