Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Guan Eng: Hentilah bohong diri sendiri, MCA

NONEKerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa negeri itu kini mengalami belanjawan defisit ekoran 'kenaikan' tarif air domestik sebanyak 20 peratus.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng (kanan) sebaliknya berkata, negeri itu tidak pernah mempunyai rekod belanjawan lebihan atau surplus tiga tahun berturut-turut sejak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada BN pada 2008.

Sehubungan itu, merujuk wawancara Chua dengan Malaysiakini semalam, Lim berkata "MCA harus berhenti daripada terus melakukan pembohongan kepada diri sendiri" berhubung perkara itu.

"Chua seharusnya mencari kebenaran melalui fakta, bukannya berbohong dengan memutar belitkan fakta semata-mata untuk meraih populariti dan menyerang Pakatan Rakyat.

"Pakatan tidak sempurna dan bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dilakukan tetapi Pakatan berbeza dengan BN kerana tidak memanjakan diri dengan rasuah dan kroni," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Dalam wawancara itu, Chua (kiri) juga berkata, Kedah juga akan senasib dengan Pulau Pinang. Kedua-dua negeri itu juga didakwa makin teruk pada tahun depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, Pulau Pinang mencatat surplus yang paling tinggi dalam sejarah dengan RM88 juta pada tahun 2008, RM77 juta pada tahun 2009 dan RM33 juta pada tahun 2010.

Malah, tambahnya, Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan, Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik selama dua tahun berturut-turut, malah merupakan satu-satunya negeri dipuji Tranparency International kerana berjaya memerangi rasuah.

Mengulas kenaikkan tarif elektrik, Lim menafikan menaikkan tarif untuk pengguna domestik, sebaliknya hanya mengenakan surcaj pemuliharaan air kepada "mereka yang membazirkan air".

"Chua tidak jujur kerana memutar belitkan perbezaan ini," katanya.

"Sekiranya Chua tidak gembira dengan kenaikan ini, mengapa beliau tidak menentang kenaikan tarif air di Johor, yang mana tarif air di Johor adalah 3-6 kali lebih tinggi daripada Pulau Pinang?"

0 Komen pengunjong :