Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ruang kebebasan hilang selepas Najib memerintah

Bekas wartawan veteran Utusan Malaysia merangkap bekas Presiden National Union of Journalists (NUJ), Hata Wahari berkongsi pengamatannya bahawa ruang kebebasan untuk mengkritik kerajaan dalam Utusan Malaysia lenyap selepas Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009.
"Hanya boleh kritik pembangkang, atau memuji kerajaan, itu sahaja," kata Hata Wahari (gambar kanan) yang berpendapat bahawa  Utusan Malaysia masih mempunyai sedikit ruang untuk mengkritik kerajaan sebelum Najib menyandang jawatan Perdana Menteri.
Malah, beliau mengulangi bahawa agenda  Utusan Malaysia ditetapkan Biro Politik UMNO, dan diserahkan kepada sekumpulan elit media dan politik yang bekerja untuk pejabat PM untuk memberi arahan kepada Utusan.
Hata Wahari berkata, Utusan Malaysia diarahkan untuk memainkan isu perkauman dan agama, menyerang Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan DAP; untuk PAS pula, Utusan Malaysia akan berbaik-baik dengan Presiden PAS Hadi Awang, sebaliknya menyerang Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat secara sehabis-habisnya.
Utusan Malaysia telah memiliki satu modul tersendirinya untuk memainkan sesuatu isu, iaitu melontarkan isu pada hari pertamanya, mendapatkan reaksi menteri atau pemimpin politik pada hari keduanya, dan membuat ulasan dalam ruang komentar pada hari ketiga, kata Hata Wahari.
Beliau mendedahkan apa yang berlaku dalam operasi institusi yang sudah 16 tahun beliau curahkan perkhidmatan, dalam satu forum berjudul "What price, media freedom?" (Apa harganya kebebasan media?) anjuran Centre for Independent Journalism (CIJ) pada 1 Jun 2011.

Agenda Utusan ditetapkan UMNO
Hata berkata, Utusan Malaysia melaksanakan agenda yang ditetapkan biro politik UMNO, yang bermesyuarat setiap minggu untuk menetapkan agenda Utusan Malaysia.  Anggota Biro Politik UMNO termasuklah Presiden UMNO Najib, Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin, tiga orang Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Safie Apdal, Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Ahmad Mazlan.
Selain Biro Polituk UMNO, mereka yang terlibat untuk menentukan agenda Utusan Malaysia termasuk sekumpulan elit yang bekerja untuk pejabat Perdana Menteri, termasuk bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, orang kanan Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, bekas editor New Straits Times merangkap wartawan agensi asing, bekas pegawai atasan Security Commission dan Media Prima.
Hata Wahari berkata, kumpulan orang ini akan memberi arahan kepada Ketua Pengarang  Utusan Malaysia untuk melaksanakan agenda UMNO, misalnya menyerang buku jingga yang diketengahkan Pakatan Rakyat.
Bekas Presiden NUJ yang baru meletak jawatan ini berkata, perkara pertama yang dilakukan dirinya selepas menerajui NUJ adalah mengkritik Utusan Malaysia, agar tidak dimainkan lagi isu perkauman.
Seorang hadirin melontarkan persoalan, sama ada "orang itu" yang memberi arahan secara langsung, kerana sesetengah hujah Utusan Malaysia dianggap bercanggah dengan gagasan "1Malaysia"?  Malah ia mencungkil kecurigaan sama ada fraksi tertentu dalam UMNO cuba menggulingkan "orang itu"?
Hata Wahari menjawab, "Mereka telah menetapkan agenda, iaitu isu perkauman dan agama.  Suka hati andalah untuk nak buat apa-apa."
Beliau menambah, mereka telah menetapkan agenda, dan isu ini akan menjurus kepada sokongan pengundi Melayu kepada UMNO.  Hata Wahari berkata, isu ini dimainkan Utusan Malaysia kerana pembacanya kebanyakannya tinggal di kawasan kampung.

-/Merdekareview

0 Komen pengunjong :