Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rayuan Anwar gugur hakim 6 Julai

http://mynewshub.my/bm/files/2011/04/anuar_ibrahim1-565x358.jpg
KUALA LUMPUR: Rayuan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah didengar di Mahkamah Rayuan 6 Julai ini.
Peguamnya, Sankara Nair, menerima pemberitahuan mengenai perkara itu semalam dari pendaftar Mahkamah Rayuan.
Zabidin sebelum ini mengarahkan ketua pembangkang itu membela diri dengan menyatakan saksi utama kes itu, Saiful Bukhari Azlan sebagai berwibawa dan boleh dipercayai.
Peguam Anwar,  Karpal Singh bagaimanapun membidas sikap  Zabidin bersikap berat sebelah apabila membuat pra penghakiman sebelum Anwar dipanggil membela diri.
Hakim itu kemudian menolak permohonan peguam pada 6 Jun lalu dengan alasan permohonan untuk menyingkirkannya  tidak mempunyai merit.
Ia adalah kali ketiga peguam Anwar bertindak untuk menggugurkan Zabidin dari menghakimi kes berkenaan.
Permohonan pertama dibuat peguam Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.
Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah dan kedua-dua permohonan itu ditolak.
Anwar  dituduh  meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan  pada 26 Jun, 2008 yang dianggap sebagai konspirasi politik terancang untuk  menjatuhkannya, mengulangi skrip 1998.

0 Komen pengunjong :