Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rakyat diminta berjimat tapi pemimpin boros

http://media1.malaysiakini.com/317/5abaed1fc5c875c9dff7768c20d91b74.jpg
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoal kewajaran kos perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 kerana kos sedemikian satu bentuk pembaziran wang rakyat.
Katanya, Perdana Menteri yang selalu mengeluarkan nasihat kepada rakyat supaya berjimat telah melakukan sesuatu yang bukan sesuatu teladan yang baik.
“Jika boleh kita buat analogi yang mudah, kos umrah ziarah ialah RM5,000 bagi menampung kos selama 2 minggu , dan jika seorang itu pergi umrah untuk 6 kali dalam setahun dengan harga semasa pakej tersebut, jika empat tahun berturut-turut pergi umrah jumlahnya baru mencecah lebih kurang RM120,000,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, analogi tersebut merupakan sifir mudah untuk rakyat tahu bagaimana pemimpin berbelanja dengan begitu boros wang rakyat yang sepatutnya dijaga dengan adil.
Seharusnya, ujar beliau Perdana Menteri perlu memiikirkan tentang susah payah rakyat bekerja keras untuk menyara kos hidup memandangkan keadaan ekonomi yang kurang baik dalam keadaan belanjawan negara yang mengalami defisit selama 12 tahun berturut-turut.
“Harapan saya semuga rakyat jangan abaikan berita sebegini sebagai satu berita biasa melainkan satu berita yang menggambarkan betapa tidak bertanggung jawabnya Najib dalam berbelanja sedangkan rakyat dalam keadaan susah,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Nampaknya, kata beliau kerajaan yang ada sekarang tidak memikirkan kepayahan rakyat dan ianya perlu diganti dengan kerajaan yang baru.
Beliau menambah, rakyat sesungguhnya memerlukan pemimpin yang adil dan mengambil berat soal kebajikan rakyat, bukan berbelanja mewah seperti pemimpin Umno BN.
“Kerana itu saya yakin pemimpin Pakatan Rakyat mampu melakukannya,” katanya.

0 Komen pengunjong :