Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Felda pinjam KWSP RM6 bilion, ANAK mahu campurtangan Agung

http://www.tehtarikbersamayb.com/wp-content/uploads/2010/11/Screen-shot-2010-11-11-at-2.54.12-PM.png
KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman memberi tempoh sebulan kepada Felda untuk memberi jawapan berhubung isu pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM6 bilion.
Kata beliau,  jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal melakukan siasatan, ANAK tidak akan teragak-agak untuk meminta campur tangan Yang Dipertuan Agung.
Menurut Mazlan, Felda membuat satu pinjaman besar yang memberi implikasi kepada kehidupan 1.6 juta peneroka Felda di seluruh negara.
“Sebelum ini saya ada menekankan jika SPRM gagal juga untuk membuat satu siasatan dan sekurang-kurangnya memaklumkan kepada pihak kami, kami akan membincangkan untuk mendapatkan perkenan kepada Agong untuk campur tangan.
“Ini kerana Felda adalah satu institusi milik orang Melayu yang telah wujud sejak 1956 dan menempatkan begitu besar keluarga Melayu,” tegasnya.
Mazlan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban berhubung keengganan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap Felda, menjelaskan isu itu.
“Kita akan buat laporan polis di seluruh negara di mana aktivis-aktivis Anak melalui 61 kawasan  akan buat laporan polis yang berasingan. “Walaupun Ahmad mengakui Felda membuat pinjman terhadap KWSP, namun beliau gagal menjelaskan bila dan ke mana wang tersebut digunakan,” ujar beliau.
Sementara itu, Kolonel (B) Nazari Mokhtar yang merupakan rakan strategi baru Anak turut menyuarakan kekesalannya dengan janji kerajaan terhadap tentera yang belum ditunaikan.
“Lebih kurang 400,000 bekas anggota tentera, malangnya sebahagian besar daripada mereka tidak mendapat  manfaat yang dijanjikan untuk diberikan sebidang tanah.
“Terima kasih kepada Anak dan Pakatan Rakyat yang menjaga kebajikan rakyat, kerajaan memeterai perjanjian dengan tentera berkenaan akta perintah majlis angkatan tentera 1973, bahawa setiap anggota tentera layak memiliki 20 ekar tanah pertanian dan rumah,” kata beliau yang turut menyerahkan borang permohonan Tanah Felda Plantation kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

0 Komen pengunjong :