Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR sasar pikat sokongan pengundi kelas pekerja

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Kempen terbaru Demi Rakyat dilancarkan PKR meletakkan sasaran untuk memikat penduduk kawasan bandar dan separa bandar, merangkumi 60 peratus pengundi di kerusi-kerusi ditandinginya — yang mengharapkan persekitaran kuasa beli yang tinggi dan kehidupan selesa.
Sementara upah sebenar tidak mengalami perubahan sejak kebelakangan ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga ada mengakui bahawa ia perlu menangani “perangkap pendapatan pertengahan” dan sedang berusaha untuk mengatasi kadar inflasi, direkodkan paling tinggi dalam dua tahun ini pada Mac lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan Kedai Rakyat di Kelana Rakyat petang ini untuk menggambarkan ciri-ciri korporat Malaysia dan pentadbirannya prihatin dengan kepentingan rakyat.
Bagaimanapun Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kempen Demi Rakyat akan menyasarkan golongan yang menggunakan Internet dan mereka yang berusia 25 hingga 45 tahun dengan pendapatan RM3,000 sebulan ataupun kurang.
“Golongan ini pesimistik mengenai ekonomi. Mereka tidak percaya bahawa akan berupaya untuk membeli sebuah rumah sebagaimana dilakukan oleh ibu bapa mereka.
“Dari Perlis hingga Johor, mesej daripada golongan pekerja adalah sama, tidak kira kaum — mereka mahukan peluang-peluang ekonomi dan mobiliti sosial,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
PKR percaya bahawa usaha terbaru mereka itu boleh memikat komuniti ‘online’ yang semakin meningkat khususnya di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar di mana hampir 79 kerusi yang ditandinginya terletak.
Sementara harga komputer peribadi menurun dan keterdapatan telefon pintar pula semakin meningkat, halangan akses kepada Internet mengecil dan celik komputer mengalami peningkatan — keadaan yang dapat disaksikan dengan kewujudan 9.5 juta akaun Facebook di kalangan rakyat Malaysia.
“Kami mahu berada di peringkat ada kelebihan itu. Sebab itu,  sekarang Demi Rakyat menggunakan YouTube untuk menunjukkan video,” kata Rafizi sambil menekankan bahawa kumpulan-kumpulan ini merupakan pembentuk fikiran.
Tambah beliau, partinya perlu bergerak melangkaui imej reformasi yang dibawa sejak lebih satu dekad lalu.
“Mereka tahu bahawa situasi sudah semakin buruk tetapi mereka bertanya sama ada PKR ada jawapan kepada soalan itu,” kata Rafizi.
Upah sebenar dilaporkan telah mengalami perubahan secara dramatik sejak krisis Asia 1997.
PKR bersama DAP dan PAS telah mempamerkan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 dan kemudiannya membentuk perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

0 Komen pengunjong :