Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perbezaan pendapat tidak gugat Pakatan – Wan Azizah


GOMBAK: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui wujud perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat, namun perkara itu tidak menggugat kesepakatan bersama kerana objektif utama ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Wan Azizah berkata berbeza dengan komponen BN, Pakatan lebih terbuka untuk mengadakan perbincangan agar kesepakatan yang dicapai terus wujud dan dipelihara.
“Kami dalam Pakatan selalu berbincang…..berbeza pula dengan BN yang ikut sahaja. Kami lebih dinamik dengan persahabatan antara anggota Pakatan,” katanya ketika ditemui di ruang legar Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar disini hari ini.
Mengulas mengenai ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang beliau berkata ia memberi mesej jelas kepada ahli parti itu untuk terus bersedia menghadapi BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 kelak.
“Ucapan beliau sangat dinamik dan komprehensif, merangkumi pelbagai aspek untuk ditangani dalam menghadapi pilihan raya. Ia cukup memberangsangkan dan sebagai ingatan kepada ahli PAS sendiri,” katanya.
Menurut Setiausah Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, rancangan PAS untuk mewujudkan pelan orientasi bagi menghadapi PRU-13 dapat mengukuhkan pemuafakatan Pakatan.
“Ucapan dasar beliau (Hadi) lebih fokus dalam membina kekuatan dalaman dan ini prasyarat Pakatan bagi menghadapi BN. PAS melihat pengukuhkan Pakatan sebagai prasyarat utama untuk melawan BN dan kita lebih teratur dalam pilihan raya akan datang,” kata Ahli Parlimen Machang itu.
Setiausaha Organisasi Nasional DAP Teresa Kok berpendapat Pakatan perlu bekerjasama dengan erat seperti yang disentuh Hadi dalam ucapan dasarnya sebagai bukti Pakatan sentiasa teguh dan bersiapsiaga menuju ke Putrajaya.
“Ucapan beliau nampak menyeluruh, beliau memaparkan dasar dan perjuangan PAS serta kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan perlu lebih erat.
“Saya turut menumpang gembira kerana Muslimat PAS berada pada kedudukan yang tinggi kerana mempunyai wakil dalam Parlimen,
Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri dan berharap Muslimat dapat terus mengembangkan pengaruhnya dalam parti,” kata Kok yang juga Setiausaha Wanita DAP.
Hadi dalam ucapan dasarnya pagi tadi menyentuh mengenai PRU-13, serta mengarahkan seluruh jentera parti itu bersiap sedia mulai sekarang.
Paling penting menurut Hadi jentera PAS pelu membuka bilik gerakan dan memenuhkannya dengan aktiviti ke arah mendekatkan parti kepada pengundi.

0 Komen pengunjong :