Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tangan kami terikat

anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 sankara nairPeguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.

Sankara Nair (kanan) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara lima orang sahaja daripada 25 saksi yang dijanjikan.

Mereka masih belum mewawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, yang bertemu pengadu Mohamad Saiful Bukhari selepas didakwa diliwat, lapor agensi berita antarabangsa itu.

"Tangan kami terikat ketika mahu memberikan Anwar pembelaan sebaiknya kerana pihak pendakwaan menolak memberikan kami semua saksi yang dijanjikan," beliau dipetik sebagai berkata.

"Bagaimana Anwar akan mendapat perbicaraan yang adik apabila kami hendak mewawancara saksi pihak pendakwaan pun tidak boleh untuk memutuskan memanggil yang mana," tambahnya.

Anwar, bapa 63 tahun dengan enam anak didakwa meliwat bekas pembantu berusian 25 tahun di sebuah pangsapuri mewah pada Jun 2008

0 Komen pengunjong :