Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gaji CEO TNB RM1.8 juta,rakyat tanggong derita


KUALA LUMPUR : Ketika kerajaan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, gaji Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh didedah sebanyak RM1.8 juta tahun lalu.
Mengulas perkara ini, bendahari KEADILAN, Wiliam Leong berkata, gaji sebanyak itu terlalu besar jika dibandingkan dengan  beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Malaysia berikutan kenaikan tarif elektrik.
“Ini tidak selari dengan slogan rakyat didahulukan. TNB sepatutnya memotong kos untuk membayar gaji CEO nya sebelum memaksa rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju.
Justeru itu katanya, kerajaan melalui khazanah nasional sepatutnya mengkaji semula bayaran gaji berkenaan.
“Memang perlu dikaji untuk tunjuk kepada rakyat, mengapa TNB tidak boleh berjimat dengan memotong gaji CEO nya terlebih dahulu sebelum meminta rakyat berjimat,” ujarnya.
Sebuah laman portal baru-baru ini mendedahkan gaji sekali ganda yang diterima Che Khalib,  berbanding 2009.
Manakala jumlah gaji yang diterimanya untuk tahun kewangan berakhir 2007, ‘hanya’ dicatat sebanyak 1,107,280.00.
Seorang lagi pengarah eksekutif TNB  Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima  RM755,320.22,  termasuk gaji pokok  RM457,440.
Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750.
Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung.
Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya.

0 Komen pengunjong :