Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dedah dulu hasil siasatan sebelum panggil inkues : Keluarga Sarbaini


KUALA LUMPUR, 8 Jun — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menyifatkan cadangan polis agar diadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam itu April lalu sebagai mahu melengah-lengahkan hasil siasatan selain mahu “menyembunyikan sesuatu.”
Justeru menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, pihaknya mahu polis mendedahkan terlebih dahulu siasatan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membuat tindakan susulan termasuk diadakan inkues.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber itu berkata, keluarga Ahmad Sarbaini tetap bertegas mahu hasil siasatan polis didedahkan kepada umum.
Tambah sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini juga kurang bersetuju dengan cadangan polis itu selagi tidak tahu status sebenarnya hasil siasatan bapa lima anak itu.
“Keluarga kini keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya hendak dilakukan... untuk inkues keluarga kurang bersetuju sebab macam cubaan mahu melengah-lengahkan kes ini sahaja.
“Jadi keluarga Allahyarham tetap mahu polis dedahkan dulu hasil siasatan yang mereka peroleh sebelum nak buat apa-apa tindakan termasuk inkues,” katanya.
Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tidak mahu hasil siasatan yang diperoleh daripada inkues itu akan sama seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang mengambil masa bertahun-tahun dan kini masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
“Keluarga tidak mahu kes ini jadi macam kes Teoh Beng Hock, nanti bila diadakan inkues ia akan mengambil masa bertahun-tahun... yang akhirnya keputusan tidak wajar dibuat.
“Jadi untuk apa inkues dibuat kalau mengambil masa bertahun-tahun? Kami mahu keputusan segera, polis kena dedahkan hasil siasatan mereka sebelum tindakan susulan diambil.
“Apa akan jadi kalau inkues ini diadakan? Adakah mungkin akan ada saksi atau bukti lain yang akan muncul? Kami tidak mahu, dedahkan segera... jangan berdiam diri macam nak sembunyikan sesuatu,” tegasnya.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.
Minggu lalu, polis mengumumkan pihaknya akan meminta agar diadakan satu inkues dan idea itu dipersetujui oleh Peguam Negara.
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mencadangkan agar Putrajaya terus mengadakan satu suruhanjaya diraja siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbini berbanding inkues yang disyorkan polis.
Ditanya mengenai cadangan Lim itu, sumber itu berkata “adalah lebih baik polis dedahkan dulu hasil siasatan yang diperoleh.”
“Akhirnya kami terpaksa bergantung kepada ahli politik untuk menuntut keadilan bagi Ahmad Sarbaini,” katanya.

0 Komen pengunjong :