Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AMK desak Ibrahim Ali ditangkap dan didakwa

NONE
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung seruannya kepada masyarakat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0.

Laporan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 12.24 pagi ini.

Beliau turut diiringi enam anggota AMK termasuk timbalan ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Dalam laporan polis itu, Rozan mendakwa Ibrahim telah mengeluarkan kata-kata yang didakwa berbaur hasutan yang berunsurkan keganasan yang ditujukan secara khusus kepada kaum Cina apabila mengarahkan mereka jangan keluar rumah dan perlu menyimpan stok makanan dirumah jika perhimpunan BERSIh tidak dibatalkan.

Kenyataan tersebut dibuat sewaktu pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman Ahad lalu.

"Saya percaya bahawa kata-kata ini berunsur hasutan jenayah yang menjurus kepada keganasan secara khusus ditujukan kepada orang berbangsa Cina yang ingin mengamalkan hak untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dijamin di bawah artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, bebas dari sebarang ancaman keganasan dari mana-mana pihak semasa menyertai perhimpunan BERSIH," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu, Rozan mendakwa perbuatan Ibrahim adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan.

"Saya dengan ini menuntut agar Ibrahim Ali ditangkap dan didakwa di mahkamah sesegera mungkin," katanya.

Seksyen tersebut merujuk kepada perbuatan, mengedar atau membuat kenyataan yang berbentuk hasutan dan mengajak membuat jenayah.

Sehubungan itu, Rozan meminta polis untuk mengambil tindakan sewajarnya demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Bagaimanapun semalam Ibrahim berkata kenyataan beliau itu bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.

0 Komen pengunjong :