Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Zahid dicabar bertanding guna logo Umno


SEREMBAN – Naib Presiden Umno,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar bertanding di dalam pilihan raya umum ke-13 nanti menggunakan logo Umno, kata Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
“ Kalau benar berani dan anak jantan , Zahid selaku naib presiden Umno, bertandinglah pakai logo Umno dalam kertas undi.
“ DAP memang pakai logo roket sebab pendaftar pertubuhan takut untuk luluskan pendaftaran  Pakatan Rakyat. Kalau Umno jantan pakailah logo keris”,  cabar Badrul Hisham.
Badrul Hisham atau Chegu Bard berkata demikian dalam satu kenyataan khas kepada FMT mengulas kenyataan Zahid yang juga merupakan menteri pertahanan di dalam media kelmarin yang melaporkan Zahid mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat dan bertanding di pilihan raya umum jika anak jantan.
Sentimen perkauman

“Umno tak habis-habis dengan sentimen perkauman. Zahid pula asyik berpolitik dan dan bercakap perkara yang tidak relevan langsung dengan kepentingan rakyat.
“Negara memerlukan anggota kabinet yang lebih prihatin dan menumpukan pada kerja yang berkaitan. Bukannya hanya berpolitik sahaja”, tegasnya.
Badrul Hisham berkata terlalu banyak masalah yang membelenggu negara ketika ini termasuk kenaikan harga  barang, gula dan minyak.
Peluang pekerjaan juga semakin menguncup. Ramai lepasan universiti masih tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka dan bermacam-macam lagi masalah.
Tetapi menteri pula lebih berminat dengan isu-isu remeh temeh yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat

0 Komen pengunjong :