Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

WikiLeaks: Eskay rapat dengan pemberontak Thailand


KUALA LUMPUR, 24 Mei: Dengan kerjasama bersama WikiLeaks, laman web Malaysia Today semalam meledakkan lagi satu kabel rahsia Amerika Syarikat, mengenai Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang didakwa berhubung rapat dengan pemberontak selatan Thailand.

Kabel rahsia tersebut turut mendakwa Eskay, yang menjadi popular baru-baru ini kerana menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelakon dalam sebuah video seks milik beliau, telah menyifatkan Malaysia kawasan selamat untuk pemberontak Melayu Thailand.

Ia diberitahu Eskay dalam satu sesi perbualan dengan pegawai-pegawai atasan di Kedutaan AS pada 5 Februari 2006.

Pendedahan ini dibuat hasil kerjasama antara Malaysia Today yang dimilki Raja Petra Kamarudin dengan WikiLeaks. Kedua-dua pihak menandatangani kerjasama di London baru-baru ini.

“Eskay berkata beliau melaksanakan tugas pada pemberontakan Thailand secara umumnya tanpa bergantung pada kerajaan Thailand mahupun Malaysia, dan mengekalkan hubungan secara terus dengan pemimpin separatis Melayu yang tinggal di Malaysia,” kata kabel yang didedahkan tersebut.
Dalam laporan itu juga disebutkan bahawa Eskay cuba berusaha untuk membuktikan identitinya berhubung beberapa dakwaannya bahawa beliau mempunyai hubungan langsung dengan sebahagian pemimpin separatis Melayu terkenal.

Beliau mengemukakan klip video yang dirakamkan beliau,   dalam pelbagai pertemuan dengan mereka yang digambarkan beliau sebagai pemimpin separatis tua dan penggerak yang muda.

“Eskay telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan  ramai pemimpin orang lama, pemberontak dan simpatisan dari selatan Melayu Thailand. Pandangan-pandangan beliau tentang pemberontakan adalah paling terperinci yang kami pernah dengar selama lima hari semasa lawatan ke utara Malaysia dan dikesan dengan baik dalam banyak perkara dengan informasi dan pandangan dari orang lain,” tambal kabel itu lagi.

Menyifatkan Eskay sebagai seorang peniaga yang berketurunan campuran Malaysia-Thailand, kabel itu turut menyatakan bahawa Eskay telah memberitahu Kedutaan AS tentang peranan pentingnya dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Thailand yang memaparkan bekas perdana menteri, Tuan Dr Mahathir Mohamad.

“Eskay, yang telah menjadi fasilitator Malaysia yang menerajui dialog dengan pemberontak Thailand yang ditaja bekas perdana menteri Mahathir, telah berhujah bahawa pemberontak generasi tua, yang kebanyakannya bermastautin di Malaysia, masih relevan kerana mereka membekalkan perkhidmatan sokongan dan tempat perlindungan kepada pemimpin muda.

"Beliau turut mengenalpasti satu pemimpin generasi tua yang aktif memberikan arahan untuk menyerang, dan menjangkakan bahawa  kumpulan jenayah dan perkhidmatan keselamatan Thailand bertanggungjawab atas 70 peratus daripada kekerasan yang baru,” tambah kabel itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, Eskay juga telah berkongsi satu kertas kerja 12 muka surat mengenai pemberontakan dan pandangan Melayu Thailand, hasil daripada temuramah dengan pelbagai pemimpin separatis, yang telah disampaikan beliau ke Organisasi Perisikan Eksternal Malaysia (MEIO) pada Februari 1.

“Eskay telah meminta supaya kita tidak mengkongsikan kertas kerja tersebut dan kertas cadangan pengaman Februari 2006 kepada orang lain (kita telah menghantar dokumen tersebut dalam bentuk email rahsia ke EAP/MTS and Kedutaan Bangkok),” kata kabel itu lagi.

Di samping itu, kabel itu turut mendakwa beberapa orang sukarelawan Malaysia sangsi terhadap dakwaan Eskay tentang hubungannya dengan separatis Melayu dan mendakwa bahawa beliau pernah terlibat dengan transaksi perniagaan yang kontroversi pada masa yang dahulu.

Eskay adalah salah seorang daripada Trio Datuk T yang terdiri bekas Ketua  Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang melakukan jenayah baru-baru ini dengan mengaku memiliki dan menayangkan rakaman video seks yang didakwa mereka melibatkan Anwar kepada orang awam.

Meskipun begitu, sehingga kini, pihak polis masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

0 Komen pengunjong :