Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasat Utusan, kata Gerakan


KUALA  LUMPUR, 9 Mei – Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menjalankan siasatan terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan akhbar milik Umno itu yang mendakwa wujud konspirasi mahu meletakkan penganut Kristian sebagai perdana menteri.
“Utusan (Malaysia) terlalu mementingkan laporan palsu yang boleh menimbulkan ketegangan agama dan memberikan impak terhadap perpaduan dan kehamonian negara,” kata Koh dalam satu kenyataan.
Kata beliau, satu siasatan yang bebas dan profesional perlu dilakukan bagi menyiasat kontroversi itu, yang mana ia mula dibangkitkan pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.
“Jika siasatan mendapati laporan itu tidak benar, maka kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap blogger dan Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan yang salah.
“Berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya terhadap pemimpin Kristian, saya percaya mereka faham Perlembagaan Persekutuan,” kata Koh.
Beliau juga mengingatkan pandangan yang dikeluarkan satu atau dua individu sepatutnya tidak disalah tafsir kerana ia bukan mewakili organisasi Kristian.
Utusan Malaysia dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.
Utusan Malaysia juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.

0 Komen pengunjong :