Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PRU-13: PKR siap sedia, jentera parti diaktifkan


Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.

Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang.

Naib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini.

“Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi,” katanya ketika dihubungi.

Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka.

“Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri,” katanya yang ahli parlimen Batu itu.

Seorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'.

“Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan.

“Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini,” katanya.

Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri.

Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara.

Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu.

“Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la,” kata sumber itu.

0 Komen pengunjong :