Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis jadi agen politik Umno, KPN dituntut beri penjelasan


PETALING JAYA: KEADILAN menuntut penjelasan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berhubung sikap pegawai kanan polis yang menjadi agen kepada Umno-Barisan Nasional.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali berkata, beliau merujuk tindakan salah seorang pegawai kanan polis, Datuk Dr Haji Abd Rahman Ismail dari cawangan khas yang mempergunakan pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan bagi menyebarkan fitnah kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fitnah itu, katanya, dibuat pada program ‘Seminar isu-isu keselamatan negara masa kini yang dirasmikan Timbalan menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussinbertarikh 19 Februari 2011 di Dewan Sri Bentara, Sekolah Menengah Beris Panchor.
Selain menyebarkan fitnah kepada Anwar dan pembangkang,  Abdul Rahman Ismail turut didakwa memfitnah keluarga mangsa tragedi Memali.
“Seminar yang disampaikan oleh SAC 1 Ismail Abd Rahman bukannya mengenai keselamatan negara, tetapi mengupas mengenai isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga menyentuh mengenai tragedi Memali, di Kedah.
“Apakah jaminan ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara untuk memastikan institusi polis yang berwibawa terhadap keselamatan negara ini, jika mereka sendiri terlibat dengan agenda politik umno dan barisan nasional
“Sila jawab persoalan ini dengan jujur,” kata azmin ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini dengan membawa bukti atur cara program berkenaan.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

0 Komen pengunjong :