Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Chegu Bard keluar PKR belum reda


PETALING JAYA:  Isu Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharim yang kononnya mahu meninggalkan parti masih belum selesai walaupun ia berlaku sejak hampir sebulan lalu.
“Masih ada orang termasuk pimpinan PKR Negeri Sembilan bercakap isu tersebut,” kata Setiausaha PKR bahagian Rembau, Norazizi A Aziz.
“Dan kita tidak  boleh tutup mulut orang. Kalau Chegu Bard nak keluar parti, tak kan kita buat macam-macam aktiviti, ” tambah beliau.
Menurutnya, isu tersebut menjadi besar kerana ada pimpinan negeri yang tidak senang dengan Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.
Isu tersebut menjadi perbualan hangat di kalangan ahli dan pemimpin PKR setelah tersiar di laman web berita tempatan.

Sengaja diadakan

Badrul Hisham menafikan beliau akan meninggalkan PKR, sebaliknya berlaku kerana media tersilap menyiarkan petikan berita blognya.
“Isu ini sengaja diadakan untuk mengalih fokus PKR Rembau dari menjalankan kerja membantu rakyat.
“Malangnya ada pemimpin PKR Negeri Sembilan yang terperangkap yang memberi komen dalam akhbar menjadikan ia semakin sensasi.
“Lebih malang pemimpin berkenaan memberi kenyataan kepada akhbar yang selama ini kita digesa boikot,” tambahnya.

0 Komen pengunjong :